Salam Smua...aku terpanggil menatap newspaper tarikh 10.06.2010 (time aku kat pantry...) sje la aku nk share dgn smua kaum hawa...adam leh gk bace...
Lelaki mudah tergoda dgn fizikal wanita. Tk percaya? Cuba perhati apabila ada wanita cantik melintas di depan mata. Jika muka tk berpaling pun, tanpa dapat dikawal matanya cepat mengerling.
Tetapi kepada wanita, jangan cepat perasan. Kerlingan lelaki bukan bermaksud mereka berminat atau jatuh cinta. Itu mungkin sekadar kerlingan sesaat bagi memenuhi libido yang sebentar.
Begitupun, wanita perlu tahu bahagian mana tubuh mereka yang boleh membuatkan mata lelaki menjeling dan menggoda nafsu mereka?
Badan atletik
Bagi lelaki, badan atletik (bukan bermaksud berotot-otot) dianggap sihat dan mampu menjadi seorang ibu yang baik. wanita tegap tentu sekali boleh melindungi dirinya dari bahaya.
Payu dara padat berisi
Payu dara wanita yang paling indah pada pandangan lelaki ialah dalam usia 20-an. Cubalah perhatikan asyiknya lelaki apabila mengamati gambar-gambar wanita muda di majalah atau iklan, begitupun bentuk payu dara seperti ukuran besar atau kecil bukanlah hal yang penting.
Selain itu, menurut para pengkaji, di sekitar puting wanita ada bahagian disebut aerola. aerola akan mengeluarkan aroma yang menggoda lelaki semasa berhubungan sejenis. inilah juga sebabnya, lelaki suka bermain-main di sekitar puting isterinya.
Kaki jenjeng
Di mata lelaki, kaki yang jenjang melambangkan kedewasaan seorang wanita. Dan, biasanya wanita pula sering mengeksploitasi bahagian tubuh ini dengan memakai seluar ketat atau skirt pendek. Tujuannya untuk menunjukkan kakinya yang panjang ala model.
Punggung bulat
Lelaki memang sukar mengawal nafsunya daripada mengerling punggung wanita yang montok. Punggung wanita seperti ada elektrik, ada tarikan tersendiri.
Pinggang ramping
Pinggang ramping bak biola. Wah!! ini yg selalu didambakan wanita. tak mengapa terseksa pakai korset, diet malah pembedahan plastik asalkn lemak dapat dihindari.
Perut ramping
Bagi lelaki, perut ramping menandakan wanita itu pandai mengurus diri. ia juga tanda wanita itu masih gadis, selain menjadikan mereka tetap cantik walau berpakaian apa pun.
Sekali lagi, walaupun wanita memiliki semua keistimewaan berkaitan tidak semestinya mereka menjadi pilihan lelaki. Bentuk fizikal ini hanya godaan sesaat. Selepas beberapa minit, lelaki akan mula menilai hal-hal lain. ...